Rencana

Siapa YB, siapa bukan lagi YB?

APABILA Parlimen atau Dewan Rakyat dibubarkan, maka para wakil rakyat bukan lagi ahli parlimen.

Jadi perlukah lagi mereka dipanggil dengan gelaran Yang Berhormat atau YB?

Bagi mereka mereka yang terdiri sebagai menteri kabinet, wajarlah mereka masih dipanggil YB, manakala mereka yang bukan menteri panggilan YB sudah tidak sesuai.

Selepas parlimen dibubarkan apa akan berlaku?

Selepas ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian dalam tempoh 60 hari.


Semasa tempoh berkempen apa yang perlu diperhati?

Sebagai rakyat pilihlah pemimpin yang mereka kenali baik. Tentu ada calon yang cuba merasuah pengundi termasuk wang tunai dan makan.

Jika terdapat pemimpin sedemikian mereka wajar ditolak. Jika kita rakyat memilih pemimpin tidak beretika dan korup, negara akan jahanam dan sekaligus merosakkan masa hadapan kita sendiri.

Satu lagi cabaran kemungkinan besar pengundian akan berlangsung ketika musim tengkujuh dan banjir.

Oleh itu selain ghairah berkempen dan mengundi, keselamatan tidak harus diabaikan.

Jika banjir besar berlaku tanggungjawab akan jatuh di bahu SPR untuk meneruskan atau menangguhkan pilihan raya.

Beringat sebelum kena, jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Satu hal yang menarik untuk melihat pilihan raya ke-15 ialah pengundi berusia 18 tahun yang berjumlah 1.1 juta secara automatik sudah layak mengundi.

Siapa pilihan mereka? Oleh kerana ini pertama kali semua parti politik tidak mempunyai indikasi atau rujukan data pilihan golongan ini.

Dalam hal ini parti Muda telah ke hadapan kerana telah lebih awal bergerak dan bergaul dengan golongan muda.

Selamat menghadapi pilihan raya dan pilihlah dengan bijak.

 

(Visited 169 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button