Nasional

Buka pintu sempadan esok atasi kemasukan guna laluan tikus

POLIS Perlis yakin dengan langkah memperketat kawalan sempena pembukaan sempadan Wang Kelian mulai esok akan dapat mengatasi kemasukan secara haram melalui jalan tikus.

Ketua Polis, Datuk Surina Saad berkata, ini kerana sebanyak 86 tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sepanjang tempoh tiga bulan lalu.

SURINA SAAD berbincang dengan polis Thailand (kanan sekali) semasa di pos kawalan sempadan Wang Prachan, Thailand.

Beliau berkata, dengan penutupan pintu sempadan telah membuatkan laluan tikus telah digunakan.

Katanya, dengan pembukaan sempadan ini membolehkan kemasukan pekerja ke negara ini dilakukan mengikut undang-undang dengan dokumen yang sah.

“Kita sudah mengenalpasti laluan tikus itu dan berharap selepas ini kemasukan pekerja secara haram dapat diatasi,” katanya kepada media.


Beliau berkata demikian selepas majlis penugasan sempena pembukaan pintu sempadan di Wang Kelian, petang ini.

Pintu masuk Wang Prachan, Thailand dibuka untuk kemasukan penggembara (pelancong) Thailand ke Malaysia mulai esok.

Surina yang juga turut diiringi oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Jabatan Kastam semasa meninjau sehingga ke pos sempadan Wang Prachan.

Surina berkata, dari pemantauan melalui drone sejak dua hari lalu dijangka kemasukan penggembara (pelancong) dijangka ramai.

“Kita tengok jumlah kereta sudah mula memenuhi pintu sempadan di mana jangkaan itu untuk masuk ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, apapun pihaknya yakin dengan persediaan yang ada segalanya akan berjalan dengan lancar. – SM

 

 

(Visited 49 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button