Rencana

Anwar PM, Zahid TPM. Tawaran kestabilan

PRU-15 adalah hasil daripada usaha Zahid Hamidi menekan Perdana Menteri-Ismail Sabri agar membubarkan parlimen.

Tawaran dan jaminan kestabilan yang dilaung-laungkan oleh Presiden UMNO hanyalah retorik belaka. Ianya tidak relevan. Tidak perlu menunggu lama sehingga keluar keputusan PRU-15.

Pada masa ini sahaja, UMNO sendiri tidak stabil. Penyebabnya ialah Presiden UMNO itu sendiri.

Adakah orang UMNO terlalu buta untuk melihat perkara ini ?.

Lalu apa yang mampu kita lakukan ? :

Jawapannya ialah memenangkan BN dengan sebanyak mungkin dan mengalahkan Zahid Hamidi di kawasannya, mari kita turunkan Presiden terburuk dalam sejarah UMNO ini.

Zahid Hamidi tak nak BN menang, Presiden tersebut seboleh mungkin hanya ingin kerusi BN berada pada julat 40-50, asalkan tidak melebihi PH.

Zahid Hamidi tak ingin pun jawatan PM, sasaran beliau hanya kerusi TPM dan Anwar Ibrahim sebagai PM. Sifir yang cukup mudah difahami.

Kenyataan bertali arus daripada pemimpin yang dipaksa terlibat seperti Tajuddin Rahman, Nazri Aziz dan kini daripada Tun.M sendiri.

Mungkin akan ada kenyataan susulan lagi daripada mereka yang terlibat bagi mengesahkan kebenaran kenyataan ini.

Apa pun itu, yang terpenting pada saat ini adalah memalukan Presiden UMNO tersebut di Bagon Dato. Bersihkan UMNO, pulihkan semula asas perjuangan parti.

-RP-

(Visited 752 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button