Nasional

Budak 12 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 14 hotel KK

SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari birai tingkap tingkat 14 sebuah hotel, di sini pagi tadi.

Dia mendarat di beranda hotel yang terletak di tingkat lima.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.44 pagi.

“Dia disahkan meninggal dunia oleh anggota kesihatan di tempat kejadian.

“Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kes kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.


Operasi tamat pada jam 7.53 pagi. -SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button