NasionalPolitik

Johari Ghani tegaskan Ismail Sabri Perdana Menteri jika BN menang

CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwang, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan hanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan menjadi Pardana Menteri jika BN menang Pilihan Raya Umum Ke-15 Sabtu ini.

Kenyataan Johari ini sekali gus menepis persepsi yang dimiankan oleh pihak tertentu bahawa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri jika mengundi beliau.

“Ada yang mendakwa kalau undi Datuk Jo, akan dapat Zahid sebagai Perdana Menteri. Sedangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah bersuara mengatakan inilah Perdana Menteri BN, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Ini bukan saya yang cakap. Ini yang cakap adalah seluruh MKT UMNO, sebelum Parlimen dibubarkan dan dicakap sekali lagi oleh Zahid.

“Masih lagi puak-puak ini, sebab dah tak ada modal, dia nak laga-lagakan pemimpin BN dengan pemimpin BN lain,” katanya ketika berucap dalam sesi Jelajah Santai Anak-Anak Keramat di ibu negara malam ini.


Johari menjadi calon BN terbaharu yang menyatakan sokongan terhadap Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas Khairy Jamaluddin yang bertanding di Parlimen Sungai Buloh. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button