Nasional

Covid-19: Peniaga kecil dapat bantuan kerajaan

PENIAGA kecil atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah pihak cukup terjejas berikutan wabak Koronavirus (Covid-19).

Impak berkenaan menyebabkan mereka memerlukan suntikan khas bagi memastikan perniagaan dapat diteruskan apabila pandemik Covid-19 berakhir nanti.

Bagaimanapun, kegusaran mereka diharap dapat diselesaikan apabila kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat melibatkan peruntukan sebanyak RM250 bilion.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumumannya menyatakan, sebanyak RM100 bilion diperuntukkan daripada jumlah tersebut bagi membantu peniaga PKS.

[BACA] COVID-19: Kerajaan peruntuk RM1 bilion jamin bekalan makanan mencukupi — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: PM umum bantuan khas isi rumah — Suara Merdeka

Beliau berkata, selain bantuan beberapa pakej rangsangan ditawarkan kepada lebih 750 ribu PKS termasuk kemudahan pinjaman bagi usahawan mikro.

“Termasuk usahawan mikro, kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion yang merangkumi lima inisatif utama.

“Tambahan dana tabung Bantuan Kemudahan Khas sebanyak RM3 bilion dengan pengurangan faedah kepada 3.5 peratus dan meningkatkan akses pembiayaan di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bernilai RM6.8 bilion.

“Peningkatan maksimum pembiaayan Skim Kredit Mikro kepada RM75,000 bagi setiap usahawan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) pada kadar faedah dua peratus tanpa cagaran,” katanya.

[BACA] RM500 bantuan one-off untuk kakitangan kerajaan, pemandu ehailing
[BACA] COVID-19: Elak pembuangan pekerja, kerajaan perkenal Program Subsidi Upah — Suara Merdeka
MUHYIDDIN YASSIN

Selain itu, beliau turut mengumumkan bantuan bagi peniaga yang baharu memulakan perniagaan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC).

“Pembiayaan sehingga RM300,000 bagi PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang empat tahun melalui skim BizMula-i dan BizWanita-i.

“Syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman  diberi jaminan bernilai RM5 bilion melalui syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dengan kadar jaminan 80 peratus,” jelasnya.

Menurut Muhyiddin lagi, bantuan turut diberikan kepada pemilik syarikat yang mengalami masalah aliran tunai.

“480,000 PKS bakal mendapat penjimatan aliran tunai sehingga RM10 bilion menerusi perkhidmatan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula KWSP.

“Penjimatan sehingga RM440 juta melalui pengecualian pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) selama enam bulan bermula April 2020.

[BACA] TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) — Suara Merdeka

“Penangguhan bayaran cukai pendapatan bagi tempoh tiga bulan mulai April 2020 serta kebenaran meminda jumlah cukai pendapatan,” ujarnya. – SM

(Visited 895 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button