Luar Negara

Biden Presiden Amerika Syarikat ke-46

WALAUPUN berdepan dengan tentangan daripada penyokong Donald Trump, Joe Biden akhirnya sah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-46

Biden, 78, mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Agung, John Roberts, di bangunan Capitol, Washington DC.

Sebelum itu, Kamala Harris, 56, mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Agung, Sonia Sotomayor.

Harris merupakan wanita dan individu pertama berketurunan Asia Selatan yang dilantik sebagai Naib Presiden AS.

Bekas Presiden AS, Donald Trump, tidak hadir pada majlis itu. Dia meninggalkan Washington tiga jam sebelum Biden mengangkat sumpah.

Ini menjadikan Trump sebagai presiden pertama dalam tempoh 150 tahun tidak menghadiri majlis pelantikan penggantinya.

Minggu lepas penyokong Trump merusuh  di bangunan Capitol, lokasi sama yang melihat penyokong Trump merusuh dua minggu lalu membantah keputusan pilihan raya presiden AS pada 3 November lalu.

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button