BeritaNasionalPendidikan

Roshana Takim-pensyarah UiTM direhatkan

PENTADBIRAN Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengumumkan pensyarah yang mengherdik dan menghina penuntutnya, Roshana Takim kerana tidak mempunyai komputer riba direhatkan sementara menunggu siasatan dalaman (domestic inquiry) selesai dijalankan.

UiTM memaklumkan, mesyuarat lembaga pengarah universiti semalam memutuskan Roshana Takim direhatkan daripada tugasan mengajar mulai hari ini sehingga siasatan selesai.

Keputusan itu dibuat bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur,” kata UiTM dalam kenyataannya, hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kelas dalam talian yang memaparkan seorang pensyarah mengherdik dan menghina penuntutnya kerana tidak mempunyai komputer riba serta meminta penuntut sama menyuruh kakaknya menggadai gelang emas bagi membeli gajet tersebut.

Susulan itu, satu dokumen dalaman UiTM iaitu laporan kronologi siasatan berhubung kejadian itu turut tersebar dan institusi pengajian tinggi awam itu telah membuat laporan polis semalam bagi melindungi mahasiswa dan kakitangannya.

Hari ini, UiTM berkata, pihaknya memandang serius dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja atau tidak yang boleh menjejaskan imej, nama baik dan menggugat keselamatan warga UiTM.

UiTM juga berkata, pihaknya juga melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada pihak berkongsi hantaran mengelirukan. – SM

(Visited 453 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button