Politik

Bersatu yakin pertahan, tambah kerusi di Johor

ISU percaturan kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum diputuskan lagi malah parti itu dilihat yakin pertahankan kerusinya di Johor.

Perkara itu dimaklumkan pemimpin Bersatu Johor berhubung kedudukan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad pada pilihan raya akan datang.

Ini kerana, sebelum ini Abdul Latiff melompat ke Bersatu selepas memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) atas tiket UMNO.

Malah, Bersatu Johor juga dilihat yakin untuk menambah bilangan kerusi di sana walaupun akui menerima kecaman dan kritikan.

“Kita yakin Bersatu boleh tambah (kerusi) di tempat-tempat lain yang sebelum ini kurang pengalaman dan pendedahan.

“Selepas ini (PRU akan datang) kita akan letakkan seseorang yang lebih dikenali (prominent), yang ada bakat, berkelayakan.”

BACA > Anak Dr. Noor Hisham dipilih Felo Perdana di MOF — Suara Merdeka

Kata pemimpin parti itu di Johor kepada wartawan Malaysiakini, bagaimanapun beliau dilapor enggan mendedahkan identitinya.

Tambahnya, isu pengagihan kerusi khususnya di Johor sudah dimaklum dan dibincangkan kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Katanya, dengan adanya ramai calon dalam kalangan pemimpin di peringkat bahagian, Bersatu tiada masalah untuk mempertahankan kerusi mereka.

“Kita ada ramai ketua bahagian, yang engineer (jurutera), yang profesional. Jadi kita yakin akan dapat lebih banyak kerusi,” jelasnya.

Bagaimanapun, sumber Malaysiakini itu tidak dapat mendedahkan berapa banyak kerusi tambahan yang disasarkan.

Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) masih belum memutuskan lagi strategi pengagihan kerusi antara gabungan itu dalam PRU akan datang.

BACA > Lesen untuk Jawi: Aktivi transgender tanya hak kebebasan peribadi — Suara Merdeka

Isu berkenaan timbul apabila amaran telah diberikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai kedudukan Abdul Latiff sebagai penyandang kerusi Parlimen Mersing.

Ini susulan, Ahmad Zahid menegaskan kerusi yang dimenangi UMNO akan kekal ditandingi parti itu dalam PRU-15 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Amaran Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga dilihat turut disasarkan kepada 17 ahli UMNO yang lompat parti selepas memenangi kerusi masing-masing atas tiket Barisan Nasional (BN).

ABDUL LATIFF AHMAD

Bagaimanapun menurut laporan Malaysiakini lagi, pertemuan antara sumbernya dengan Ahli Parlimen Pagoh turut menjelaskan asas rundingan pembahagian kerusi.

“Di mana kawasan yang sekarang dipegang oleh wakil Bersatu, kekal diwakili parti itu,” ujarnya.

Namun berdasarkan asas rundingan tersebut, persoalan mungkin timbul adalah kerusi Bersatu yang ditandingi dan lompat parti.

Adakah parti baharu itu hanya mengekalkan kerusi yang dimenanginya ketika bertanding dalam PRU-14 pada Mei 2018 lalu?

BACA > PDRM kesan Nik Faisal ada di Hong Kong — Suara Merdeka

Ataupun adakah Bersatu akan berebut dengan UMNO untuk kerusi parlimen yang ahlinya lompat parti daripada BN pergi ke Bersatu? – SM

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button