Nasional

Anak Dr. Noor Hisham dipilih Felo Perdana di MOF

‘KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ adalah perumpamaan yang sesuai buat kehebatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang turut dimiliki anaknya, Khair.

Cemerlang dalam kerjaya dan keluarga memberi kelebihan kepada anak Ketua Pengarah Kesihatan itu apabila dipilih sebagai Felo Perdana di Kementerian Kewangan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengalu-alukan kedatangan Khair bersama dua calon lain.

Mereka adalah mahasiswa Sarjana Muda Pengajian Perniagaan Universiti Sunway, Chow Shenn Kuan dan Sarjana Muda Ekonomi dan Ekonomi Antarabangsa Universiti Nottingham Malaysia, Am Abdul Aziz.

Sementara itu, Khair pula merupakan mahasiswa Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan Universiti Sheffield Hallam.

BACA > Ingatkan wang terpijak, rupanya umpan ah long — Suara Merdeka

Beliau juga merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Pahang dan pernah dianugerah sebagai Mahasiswa Terbaik – Kepimpinan pada 2018.

“Selamat datang saya ucapkan kepada tiga orang Felo Perdana untuk tahun 2020, Shenn Kuan, Khair dan Am ke Kementerian Kewangan.

“Saya berharap program ini dapat memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada anda.

“Warga belia adalah antara tunjang kepada pembangunan Negara.

“Merekalah yang akan membimbing generasi akan datang dalam usaha memacu Malaysia ke arah kejayaan.”

Demikian ciap Tengku Zafrul dalam Twitternya baru-baru ini apabila menerima Felo Perdana di kementeriannya.

Justeru, pemilihan Khair di kementerian itu turut mendapat perhatian ayahnya yang menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan Khair.

BACA > Tun M hargai ucapan hari jadi termasuk dari Najib, Putin — Suara Merdeka

Menurut Dr. Noor Hisham, anaknya disifatkan layak menerima tawaran itu kerana merupakan seorang yang berdikari dan bijak dalam pengucapan awam.

NOOR HISHAM
NOOR HISHAM ABDULLAH

“Alhamdulillah beliau berjaya. Beliau (Khair) merupakan seorang yang sangat berdikari.

“Tambah pula, beliau juga merupakan seorang yang sangat petah berpantun dan berlawan pantun.

“Pencapaian terbaiknya adalah pernah menjuarai pertandingan pantun di Singapura,” katanya.

Dalam pada itu beliau juga berseloroh mengenai pantun yang pernah diucapnya dalam ucapan-ucapan sebelum ini.

“Pantun yang saya pernah ajukan dalam ucapan, semuanya daripada beliau,” selorohnya.

Dr. Noor Hisham sebelum ini pernah disifatkan sebagai doktor perubatan terbaik di dunia dalam mengendalikan pandemiki Koronavirus (Covid-19).

BACA > UMNO sedia ‘smash bola tanggung’ — Suara Merdeka

Malah, kaedah pengurusan dan taklimat yang dilakukan setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut dipuji rakyat Malaysia. – SM

Tags
Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close