EkonomiNasionalParlimen

Belanjawan 2024: PM Anwar bentang 4 petang ini

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, petang ini.

Ia merupakan belanjawan kedua dibentangkan di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Anwar, yang juga menteri kewangan.

"Nabi Muhammad SAW tidak mencela, apatah lagi memfitnah," - Anwar IbrahimPembentangan Belanjawan 2024 akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan media sosial pada jam 4 petang ini.

Menerusi catatan dalam Facebook, Anwar berkata: “Moga inti pati pembentangan ini dapat membimbing ekonomi kita ke tahap lebih baik dalam berdepan tantangan global masa kini selain menyokong agenda pembangunan dan kebajikan negara, insya-Allah”.

Pembentangan belanjawan dijangka menyaksikan kerajaan mengumumkan langkah-langkah pembaharuan fiskal, mengukuhkan pengurusan dan mempelbagaikan sumber hasil di samping mengurangkan ketirisan serta mengoptimumkan perbelanjaan.

Selain itu, belanjawan yang mengandungi perancangan dan komitmen kerajaan bagi hala tuju negara pada tahun depan, sudah tentunya mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta kesejahteraan rakyat keseluruhan.

Belanjawan 2024 itu juga bakal menyaksikan penyepaduan dasar-dasar menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) selaras dengan kerangka Ekonomi Madani.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 yang dibentangkan di hadapan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul akan dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin depan (16 Okt) sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Okt.

Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen kemudian akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat Jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 November. – SM

BACA Belanjawan 2023 diluluskan

BACA Belanjawan 2024: Timbang semula insentif diskaun bayaran balik PTPTN yang tidak disambung

BACA Belanjawan 2024: Kerajaan digesa beri tumpuan kepada pembangunan madrasah, maahad tahfiz

(Visited 31 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button