Bola SepakSukan

Skuad Gajah Putih hancurkan harapan Garuda

PUSINGAN pertama perlawanan akhir Piala AFF Suzuki antara Indonesia dan Thailand berlangsung pada malam Rabu di Stadium Nasional Singapura dengan kemenangan 4-0 untuk Thailand.

Thailand mendahului permainan dengan gol awal daripada kapten Chanathip Songkrasin, selepas dia menerima hantaran daripada Philip Roller. Itu adalah satu-satunya gol yang Berjaya terhasil pada separuh masa pertama.

Kira-kira lima minit sebelum separuh masa, Thailand menggantikan Yusef Elias Dolah dengan pemain tengah Pokklaw Anan.

Indonesia juga melakukan beberapa perubahan pada awal separuh masa kedua, dengan membawa masuk Evan Dimas, I Kadek Agung Widnyana, dan Elkan Baggott.

Tetapi tidak lama selepas itu kemudian, Thailand menjaringkan gol kedua mereka dengan satu lagi serangan daripada kapten Chanatip.

Kira-kira 15 minit kemudian, Supachok Sarachat berjaya menjaringkan gol dari luar kotak penalti, memberikan Thailand gol ketiga mereka dalam permainan.

Thailand mengesahkan kemenangan mereka dalam perlawanan malam ini pada minit ke-83 dengan jaringan Bordin Phala.

Indonesia dan Thailand akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan akhir pusingan kedua pada Sabtu ini (1 Januari 2022) di Stadium Nasional. – SM

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button