Nasionalpilihan

Belanjawan 2023 diluluskan

DEWAN RAKYAT semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023), selepas rang undang-undang itu selesai dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa, bermula 27 Februari lalu.

RUU Perbekalan 2023 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng, malam ini.

Sesi undian itu dibuat sejurus penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Tinggi selesai, pada jam 7.05 malam.

Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat.

RUU Perbekalan 2023 adalah belanjawan pertama pentadbiran Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama 10 hari, mulai 13 Mac lalu.

Belanjawan 2023 lulus di peringkat dasar pada 9 Mac lalu.

Dokumen belanjawan merangkumi peruntukan tertinggi dalam sejarah negara, bernilai RM386.14 bilion itu dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan, pada 24 Februari lalu.

Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ itu membabitkan peruntukan pembangunan tertinggi, bernilai RM99 bilion yang merangkumi suku daripada keseluruhan belanjawan tersebut. – SM

Artikel berkaitan > Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian

 

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button