Nasional

Belanjawan 2021: Agong hargai permuafakatan kerajaan, pembangkang

YANG di-Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti-parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan harapan agar Kerajaan dapat memperhalusi dengan sebaik-baiknya cadangan yang telah dikemukakan bagi merangka Belanjawan yang bersifat inklusif dan menyeluruh.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong berharpan Belanjawan 2021 berpaksikan kebajikan rakyat, pemulihan ekonomi dan pembendungan efektif wabak Covid-19.

“Al-Sultan Abdullah berpendapat amalan kematangan berpolitik dengan mengetepikan perbezaan dan kepentingan parti atau peribadi amatlah penting pada ketika ini demi keselamatan dan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat bencana wabak Covid-19.

“Sesungguhnya semangat-semangat sebegini adalah selaras dengan budaya syura yang dianjurkan oleh Islam sebagaimana yang telah dipamerkan oleh Raja-Raja Melayu dalam sesi Perbincangan Khas di Istana Ngara pada 25 Oktober yang lalu,” kata Ahmad Fadhil.


Al-Sultan Abdullah juga bertitah, adalah wajar untuk setiap pohak mendahulukan kemaslahat masyarakat di atas kepentingan individu secara khusus.

“Ia sejajar dengan kaedah fiqh dengan merujuk kepada al-Muwafaqat (jilit 3, muka surat 88) yang bermaksud ‘mengambil kira kemaslahatan umum adalah lebih didahulukan daripada mengambil kira maslahah khusus.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar semangat kerjasama yang dizahirkan oleh pelbagai pihak dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan negara,” kata Ahmad Fadhil.

Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkaitan penyediaan Belanjawan 2021.

Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima sembah taklimat ringkas mengenai kedudukan ekonomi dan fisikal negara dalam majlis menghadap selama 70 minit bermula pada pukul 3 petang di Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah dimaklumkan mengenai usaha Kementerian Kewangan bagi penyediaan Belanjawan 2021 sejak bulan Julai 202o melalui lebih 40 sesi libat urus yang melibatkan lebih 2,000 individu dan wakil perniahaan.

Ini termasuk para wakil daripada parti-parti politik negara yang telah diadakan baru-baru ini.-SM

(Visited 43 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button