Nasional

Najib mohon pengampunan diraja, akan kekal status Ahli Parlimen

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah memfailkan permohonan pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun.

Katanya, Najib memfailkan permohonan itu pada 2 September lalu iaitu dalam tempoh 14 hari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes itu.

Beliau berkata, Najib hanya akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan sekiranya petisyen pengampunan itu ditolak.

“Ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan,” katanya dalam kenyataan. – SM

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button