Luar Negara

Bekas Presiden Perancis didapati bersalah terima rasuah

Mahkamah di Perancis pada Isnin lalu menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara kepada bekas presiden negara itu, Nicolas Sarkozy kerana didapati bersalah melakukan rasuah.

Sarkozy yang menjadi presiden dari tahun 2007 hingga 2012 didapati bersalah kerana cuba mendapatkan maklumat daripada seorang senior majistret pada tahun 2014 dengan cara melanggar undang-undang.

Dia bertindak sedemikian untuk mendapatkan maklumat mengenai siasatan yang sedang dijalankan terhadap dana kewangan sewaktu dia melakukan kempen pemilihan presiden.

Hakim memberitahu bahawa Sarkozy tidak perlu menjalani hukuman penjara, sebaliknya akan menjalani hukuman di rumah dengan memakai gelang elektronik sebagai bentuk pengawasan.

Pendakwa raya juga telah meminta hukuman penjara dua tahun dan hukuman penggantungan dua tahun untuk Sarkozy dan peguamnya, Thierry Herzog yang juga merupakan defendan dan bekas hakim Gilbert Azibert.


Herzog dan Azibert telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara.

Pada tahun 2013, pasukan penyiasat telah melakukan siasatan dengan menggeledah telefon milik Sarkozy dan peguamnya.

Hasil kajian mendapati mereka menjanjikan jawatan tinggi kepada majistret Gilbert Azibert di Monaco sebagai pertukaran maklumat mengenai siasatan berterusan yang melibatkan dirinya.

Dia dikatakan telah menerima pembayaran haram dari pewaris L’Oreal Liliane Bettencourt untuk kempen presidennya yang berjaya pada tahun 2007.

Bukan hanya satu pertuduhan, Sarkozy turut berdepan dengan beberapa pertuduhan lain.

Dalam tempoh 2 minggu selepas perbicaraan kali pertama ini, dia akan menjalani satu perbicaraan lagi atas kesalahan melanggar undang-undang mendapatkan dana bagi kempen presidennya yang gagal pada tahun 2012.

Dalam kejadian itu, dia telah bekerjasama dengan sebuah firma perhubungan awam untuk menyembunyikan kos sebenar kempen presidennya.

Mengikut rekod, presiden berusia 66 tahun itu adalah presiden pertama yang dijatuhkan hukuman penjara dalam sejarah moden negara perancis.

 

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button