Luar Negara

Badak air di zoo Belgium positif Covid-19

SEBUAH zoo Belgium telah menyatakan bahawa dua ekor badak air di zoo itu perlu dikuarantin selepas disahkan positif koronavirus.

Masih lagi belum jelas bagaimana Imani ,14 dan Hermian, 41, boleh dijangkiti virus itu, namun haiwan itu sihat kecuali mengalami hidung berair.

Menurut laporan BBC, sekatan telah diperketatkan di zoo tersebut sehingga haiwan itu disahkan negatif.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang janggal kerana terdapat beberapa laporan mengenai haiwan kurungan dan ternakan yang dijangkiti Sars-CoV-2 di seluruh dunia.

Hidung badak air sememangnya basah, tetapi doktor haiwan di Zoo Antwerp memutuskan untuk menguji Imani dan Hermian selepas menyedari bahawa mereka ‘mengalirkan hingus’.

Kandang mereka telah ditutup manakala pengendali mereka juga disahkan negatif malah mereka perlu memakai topeng muka dan cermin mata keselamatan serta membasmi kuman pada kasut mereka sebelum menyentuh badak air tersebut.

Doktor haiwan Zoo Antwerp, Francis Vercammen turut mengatakan bahawa ini adalah jangkitan pertama yang direkodkan dalam spesis ini dan kebiasaannya virus ini boleh dilihat pada beruk dan kucing di seluruh dunia.

Awal minggu ini, Kanada juga mengesahkan bahawa tiga kes Covid-19 telah ditemui pada rusa liar namun ujian yang terhad membawa makna bahawa tidak ada yang tahu bagaimana koronavirus boleh berleluasa dalam hidupan liar. – SM

(Visited 549 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button