HiburanLuar Negara

Deepavali yang gelap bagi Shah Rukh Khan sekeluarga

Aryan Khan dipenjara di Mumbai atas kesalahan dadah

BULAN depan, masyarakat India beragama Hindu akan menyambut perayaan Deepavali. Sambutan Deepavali tahun ini bukan sahaja mencabar bagi penganut agama Hindu disebabkan oleh pandemik Covid-19 tetapi cabaran peribadi yang terpaksa didepani oleh aktor Hindustan, Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri seolah-olah langit timpa di atas kepala mereka.

Ini semua gara-gara anak lelaki pasangan ini, Aryan yang ditahan kerana memiliki dadah dan itulah yang akan mematahkan hati ibunya yang pasti tidak akan menyalakan pelita pada sambutan perayaan Deepavali.

Gauri Khan dikatakan melarang tukang masaknya menghidangkan juadah manisan sehinggalah Aryan bebas dari penjara Arthur Road, Mumbai dan pulang ke rumah.

Gauri dikatakan bertindak demikian setelah melihat mereka sedang menyediakan satu juadah manisan , kheer yang merupakan sejenis puding manis untuk Deepavali.

Dalam kalangan masyarakat India, manisan adalah juadah wajib yang dihidangkan ketika menyambut perayaan Deepavali termasuklah majlis keagamaan dan perkahwinan.


Nasib yang menimpa kelaurga Shah Rukh Khan ini turut membuatkan Gauri berdoa dan berhajat untuk anak lelakinya Aryan ketika menyambut perayaan Navrati.

Sejak perayaan Navrati yang bermula pada 7 Oktober lalu, Gauri dilaporkan berhenti mengambil gula dalam pemakanannya.

Keluarga Shah Rukh Khan juga berharap agar Aryan dibebaskan dari penjara dan  dapat kembali ke pangkuan keluarga sebelum sambutan Deepavali bermula.

Aktor popular Shah Rukh juga dikhabarkan mengundang rakan-rakan selebriti ke rumahnya bagi meluangkan masa bersama beliau dalam saat-saat genting Aryan dipenjara.

Untuk rekod, Aryan bersama tujuh lagi individu termasuk dua wanita ditahan polis pada 3 Oktober lalu  atas kesalahan memiliki dadah.

Kesemua mereka ditahan polis Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di Pantai Mumbai.

Barang rampasan NCB daripada Aryan dan rakan-rakanya termasuk 21 gram charas iaitu kanabis pekat, 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone, 13 gram kokain dan 1.3 juta lakh Rupee. – Mstar.com – SM

(Visited 549 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button