Luar Negara

Selepas dua dekad: Penerbangan awam pertama mendarat di Jalalabad

DUA dekad lamanya perkhidmatan penerbangan awam dihentikan, hari ini, penerbangan awam pertama itu mendarat di lapangan terbang di bandar Jalalabad, wilayah Nangarhar, timur Afghanistan.

Pihak berkuasa wilayah kelmarin memaklumkan, lapangan terbang di Jalalabad bersedia menerima penerbangan domestik dan antarabangsa selepas semua masalah teknikal dan keselamatan diselesaikan.

“Sebuah pesawat membawa bantuan kemanusiaan tiba dari Iran. Ia penerbangan awam pertama ke lapangan terbang Nangarhar selepas terhenti selama 20 tahun,” menurut satu kenyataan pejabat gabenor semalam yang dipetik oleh Sputnik.

.Wakil khas Iran ke Afghanistan tiba di Kabul hari ini bagi menemui pegawai kerajaan sementara Afghanistan yang dilantik Taliban.

Kedua-dua pihak bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam beberapa perkara termasuk bantuan kemanusiaan.

Taliban menguasai Kabul pada pertengahan Ogos lalu menyebabkan kerajaan disokong Amerika Syarikat tumbang, sekali gus mengambil alih seluruh Afghanistan pada awal September.

Kumpulan itu turut mengisytiharkan perang selama beberapa dekad berakhir dan menubuhkan Kabinet baharu yang dipimpin Mohammad Hasan Akhund, bekas menteri luar di bawah pemerintahan Taliban yang pertama. – SM

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button