fbpx
Mahkamah

Bekas CEO syarikat direman kes rasuah RM10.47 juta pembelian tablet

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berusia 48 tahun, direman tiga hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah berjumlah US$2.5 juta (RM10.47 juta) berkaitan pembelian tablet.

Lelaki itu disyaki menerima suapan tersebut daripada sebuah syarikat luar negara sebagai balasan untuk pembelian 10,000 tablet berjumlah US$5.8 juta (RM24.3 juta) antara tahun 2014 sehingga 2018.

Perbuatan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009, dilakukannya secara rahsia tanpa persetujuan daripada Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan.

Menurut sumber SPRM, wang suapan yang diterimanya dipercayai disembunyikan oleh suspek di luar negara seperti Singapura dan Hong Kong.

Suspek ditahan di ibu pejabat SPRM pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam, selepas dia hadir memberi keterangan.


Penahanan bekas CEO itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Suspek yang mengenakan baju tahanan SPRM berwarna jingga kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada kira-kira pukul 9.35 pagi tadi.

Perintah yang dikeluarkan oleh  Majistret Shah Wira Abdul Halim sehingga Sabtu ini (8 Ogos). – SM

Show More

Related Articles

Back to top button