fbpx
MahkamahNasional

Najib dapat pelepasan mahkamah hadir kempen Chini

BEKAS Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak dibenar menangguhkan perbicaraan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perbicaraan yang sepatutnya disambung esok ditangguhkan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah.

Kebenaran diberi bagi membolehkan Ahli Parlimen Pekan itu berada di Chini, Pahang bagi kempen pilihan raya kecil (PRK) di sana.

Malah, peguambelanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah turut memaklumkan beliau tidak dapat hadir pada perbicaraan itu kerana terdapat urusan penting di Wisma Putra.

“Kehadiran Najib dalam kempen itu penting kerana Chini berada di bawah kerusi parlimen Pekan di mana terdapat empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah Parlimen ini.


BACA > PPZ MAIWP tawar rumah buat To’ki — Suara Merdeka 

“Saya hanya dapat tahu tentang temujanji di Wisma Putra lewat malam tadi melalui pesanan Whatsapp.

“Saya mohon perbicaraan hari ini di pendekkan sehingga jam 2 petang.”

Demikian kata Muhammad Shafee lapor portal MalaysiaGazette hari ini selepas mendapat kebenaran menangguhkah perbicaraan anak guamnya,

Selain itu, beliau turut memohon supaya perbicaraan dapat diadakan selain tarikh 13 hingga 17 Julai bagi membenarkan Najib menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Kata Muhammad Shafee, kemungkinan akan berlaku undian dan Najib juga perlu berbahas.

Terdahulu, kerusi DUN Chini diisytihar kosong pada 7 Mei lalu, selepas wakil rakyatnya Abu Bakar Harun, 59, meninggal dunia.

Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Kuala Lumpur.

BACA > Covid-19: Kes tempatan 0, 1 kes baharu — Suara Merdeka

Chini merupakan salah satu DUN dalam kawasan Parlimen Pekan.

Justeru, PRK kali ini merupakan yang pertama dijalankan selepas Perintah Kawalan Pergerakan kerana pandemik Covid-19 sejak Mac lepas.

Najib ke Chini untuk berkempen bagi calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Sharim Md Zain mewakili UMNO.

Mohd. Shahrim akan menentang dua calon bebas iaitu Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.

Namun menurut peguambela Najib, keadaan itu agak susah memandangkan malam ini beliau sudah memulakan kempen di Chini dan untuk pulang bagi perbicaraan keesokan pagi agak menyukarkan.

Terdahulu, Collin ada bertanya kepada Najib yang sedang menghadapi pertuduhan penyewelengan dana sebanyak RM2.3 bilion sekiranya perbicaraan boleh disambung esok pagi untuk setengah hari.

Hakim kemudian memberi kebenaran kepada permohonan tersebut dan menangguhkan perbicaraan sehingga 15 Julai hadapan jam 9.30 pagi.

Bekas Presiden UMNO itu berhadapan empat tuduhan berkaitan suapan berjumlah RM2.3 bilion dana berkaitan 1MDB ketika menjadi Perdana Menteri.

BACA > Sekolah mula dibuka 15 Julai dan 22 Julai ikut 3 model pengoperasian — Suara Merdeka

Beliau juga berhadapan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button