Nasional

Jangan anak tirikan syarikat ICT tempatan

Kerajaan diminta untuk memberi peluang kepada industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) tempatan terutamanya dalam projek berskala besar berbanding daripada menggunakan syarikat luar negara.

Pengambilan syarikat luar negara melibatkan projek-projek besar ICT dalam negara juga disifatkan seperti menganaktirikan syarikat ICT tempatan.

Presiden Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF), Khairil Iszuddin Ismail berkata, tidak wajar syarikat luar negara dengan modal yang besar mendapat manfaat daripada wang kerajaan dan wang cukai rakyat untuk kemajuan mereka.

“Kita syarikat tempatan pula terpaksa bertarung nyawa untuk hidup dan bersaing dengan mereka menggunakan modal yang terhad.

“Ada beberapa pihak begitu bersemangat membawa pesaing luar negara untuk bertapak dalam Malaysia sekaligus dan membunuh syarikat teknologi
tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> PPZ MAIWP tawar rumah buat To’ki

Menurut Khairil Iszuddin, terdapat beberapa projek yang diberikan kepada syarikat luar negara seperti aplikasi MySejahtera yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat dari Amerika Syarikat.

Jelasnya lagi, projek DELIMa (Digital Education Learning Initiative Malaysia) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak mengetengahkan langsung kandungan digital tempatan.

“Projek di bawah Penjana menerui MyFutureJobs yang diperkenalkan Perkeso juga menggunakan kepakaran teknologi dari Belanda,” katanya.

Ujarnya, dia berpendapat bahawa terdapat banyak syarikat-syarikat tempatan yang berkebolehan dan mempunyai solusi inovasi tinggi yang mampu untuk membuat projek-projek skala besar kerajaan.

Khairil Iszuddin juga memberitahu dasar memberi keutamaan kepada syarikat tempatan bukan sekadar dapat memastikan projek tersebut dihasilkan dengan kualiti tinggi tetapi dapat memajukan ekonomi negara sekaligus memberi peluang pekerjaan pendapatan tinggi di kalangan rakyat.

BACA> Airbus akan buang 15,000 pekerja berpusat di Eropah

“Kami mendesak supaya kerajaan dan agensi terlibat supaya membuat proses ketelitian wajar (due diligence) yang lebih menyeluruh dalam proses perolehan supaya pemilik syarikat induk (parent company) yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat tempatan diberi keutamaan.

“Membuat proses libat urus bersama syarikat-syarikat tempatan terlebih dahulu dari fasa awal, dalam pembinaan dan penghasilan produk serta solusi untuk orang awam.

“Menggubal satu dasar rasmi untuk memberikan keutamaan kepada syarikat tempatan dalam perolehan dan pembangunan projek berasaskan ICT.

“Menggubal satu dasar rasmi untuk penggunaan perisian sumber terbuka (open source) dalam kerajaan kerana ini membantu dalam pembangunan bakat-bakat ICT dalam negara,” katanya.

Jelasnya, sebelum ini juga sudah beberapa projek daripada syarikat tempatan dilaksanakan untuk membantu kerajaan dan masyarat sekaligus membuktikan keupayaan pakar tempatan.

BACA> Najib dapat pelepasan mahkamah hadir kempen Chini

Antaranya ialah CoronaTracker, MyBanjir, Datang.my, Pandai App dan BuKom CaknaAutisma yang dibangunkan menggunakan sumbangan orang ramai.

Tambahnya, susulan apa yang terjadi kepada usahawan ICT tempatan, pihaknya melancarkan kempen #MalaysianTechFirst untuk memberi kesedaran kepada semua berkaitan isu ini. -SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button