Luar Negara

Airbus akan buang 15,000 pekerja berpusat di Eropah

Kesan Covid-19 Airbus hadapi masalah kewangan

SYARIKAT penerbangan gergasi Eropah, Airbus mengumumkan akan membuang 15,000 pekerja yang berpusat di Eropah berikutan kesulitan kewangan kesan daripada pandemik Covid-19.

Airbus akan membuang 5,000 pekerja di Perancis, 5,100 di Jerman, 1,700 di Britain, 900 di Sepanyol dan 1,300 lagi di lokasi lain.

Syarikat itu menyatakan mahu memulakan pemotongan pekerjaan dalam beberapa bulan, mulai musim luruh ini, dengan fokus kepada pemberhentian secara sukarela dan persaraan awal. Bagaimanapun, pekerjaan utama turut akan termasuk dalam senarai pemberhentian kerja.

Aktiviti perniagaan komersial Airbus telah menjunam hampir 40 peratus ketika wabak itu melanda yang menyebabkan sempadan ditutup, menghentikan operasi industri pelancongan dan menumbangkan pemain industri serta pesaingnya Boeing.

Susulan itu, Airbus dijangka akan dicabar oleh pihak kerajaan dan kesatuan pekerja seperti mana pelan penstrukturan semula pada 2008 menyaksikan protes dan mogok pekerja.

“Jumlah pemotongan pekerjaan yang diumumkan Airbus adalah keterlaluan,” kata satu sumber daripada Kementerian Kewangan Perancis kepada Reuters.

“Kami berharap Airbus akan menggunakan sepenuhnya semua peralatan yang disediakan kerajaan supaya dapat kurang menghentikan pekerja,” katanya.


Dalam perkembangan lain, syarikat penerbangan tambang murah EasyJet akan menutup pangkalannya di Lapangan Terbang Stansted, Southend dan Newcastle di England ketika berunding bersama kesatuan mengenai langkah-langkah bagi bertahan ketika pandemik ini. – SM

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button