Nasional

Bekalan makanan mencukupi sepanjang Ramadan

BEKALAN makanan mencukupi sepanjang bulan Ramadan yang tarikh bilakah kita semua akan mula berpuasa, akan diumumkan dalam minggu depan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Jadi, orang ramai tidak perlu risau, tidak perlu bimbang. Mereka juga tidak perlu memborog satu pasar raya bagi dijadikan stok sepanjang bukan Ramadan ini.

Biarpun kita semua dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan di sesetengah tempat, dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan, bekalan makanan mencukupi.

Memetik laporan BERNAMA, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi ketika ditemui pemberita di Pasir Mas, Kelantan, berkata, jaminan itu berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pihak-pihak yang terlibat dalam pembekalan dan pemasaran bekalan makanan.

“Pada bulan Ramadan ini, bekalan makanan terutamanya buah-buahan akan mendapat pemintaan tinggi daripada orang ramai.

“Dan berdasarkan maklumat yang kita peroleh, ia mencukupi untuk rakyat. Kementerian dan agensi yang terlibat sentiasa memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan mencukupi,” katanya.

Orang ramai juga tidak perlu membeli secara berlebih-lebihan, memadai untuk seisi keluarga dan apabila membeli untuk simpanan, sekurang-sekurangnya untuk stok seminggu.

Ini adalah untuk mengelakkan kita semua daripada kerap keluar rumah dan seboleh-bolehnya, ketua keluarga yang keluar membeli barangan keperluan, elakkan diri daripada sentiasa ke kedai.

Dalam masa yang sama, kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendengar arahan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Menurut Che Abdullah lagi, sehingga ini pihaknya tidak nampak sebarang permasalahan dari segi bekalan makanan dalam tempoh PKP.

Katanya lagi, kerajaan masih lagi mengimport barangan makanan seperti epal dan kurma bagi memenuhi permintaan terutama di bulan puasa.

Pengimporatan itu, ujarnya, dikawal oleh agensi berkaitan bagi memastikan syarat kemasukan makanan ke negara ini, dipatuhi. – SM

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button