Nasional

Beanery Cafe PTB, UPSI beri motivasi, Rasa Terapeutik

Peranan perpustakaan sebagai organisasi yang memperkasakan masyarakat pada masa kini tidak dapat disangkal lagi. Menyedari perubahan corak pembelajaran generasi masa kini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi universiti awam yang menyediakan kafe dalam bangunan perpustakaan yang beroperasi secara 24 jam.

Ruang Beanery Cafe yang cantik.

Ketua Pustakawan UPSI, Noriha Muhammad berkata yakin dengan suasana santai yang mampu menggalakkan minat membaca, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) UPSI membuat transformasi bilik bacaan yang dibuka secara 24 jam untuk dilengkapi dengan sebuah kafe yang dapat memberi rasa terapeutik dari aspek mental, fizikal dan kerohanian individu.

Konsep terapeutik ini, katanya, memberi rasa keselesaan dengan suasana yang menenangkan di mana sambil membaca pengunjung boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang disediakan dalam kafe ini.

Prof Md Amin merasmikan
Beanery Cafe di Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Katanya, “Beanery Cafe berkapasiti 140 tempat duduk dilengkapi dengan perabut konsep moden serta susun atur yang lebih santai ini dilihat bakal menjadi tumpuan pengunjung kerana persekitaran landskap bercirikan konsep terapi.

Beliau berkata lagi, perpustakaan tidak lagi berfungsi secara konvensional tetapi bergerak sejajar dengan pembangunan semasa yang menjadi dambaan masyarakat kini bersempena dengan majlis perasmian Bilik Bacaan 24 jam dan Beanery Cafe pada pagi ini.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff yang menyempurnakan majlis perasmian berasa sangat teruja dengan usaha PTB dalam melaksanakan transformasi ruang dan penyediaan kafe yang lebih selesa, santai dan terkini.

“Ini menunjukkan kejituan, kasih sayang dan yang paling penting keikhlasan kita dalam memberikan hasil kerja yang terbaik , bukan hanya dari arahan kerja atau mengejar pencapaian Indeks Prestasi Utama(KPI) semata-mata tetapi ia datang dari kesedaran kita bekerja”.

Noriha Muhammad

Beliau turut memberi pesanan kepada semua pelajar untuk memastikan ruang yang kondusif itu diguna dan dijaga dengan sebaik-baiknya.

Justeru, katanya, melalui penyediaan kafe ini diharap dapat memberi galakan dan menarik lebih ramai generasi muda sedar kepentingan belajar bagi mencorak masa hadapan negara yang cemerlang. -SM

BACA Peminat komedi ‘Instant Café Night’ boleh dapatkan harga tiket serendah RM88 !

Baca Allid’s Cafe tawar asam pedas Rahmah RM5

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button