Hiburan

Peminat komedi ‘Instant Café Night’ boleh dapatkan harga tiket serendah RM88 !

Untuk peminat komedi di Malaysia jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati persembahan bual bicara berbentuk komedi bertajuk Instant Café Night Live! Edisi X di Plenary HallKL Convention Centre pada 18 Mac ini, pukul 8.30 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim mengumumkan harga tiket bagi acara pentas komedi tersebut serendah RM88 berbanding harga asalnya adalah RM188.

Menurutnya harga ini sesuai untuk golongan B30 yang ingin menyaksikan pementasan di sebuah lokasi berprestij malah memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton acara komedi tersebut.

Instant Cafe Night Live

Saksikan Jo Kukathas dengan watak ikoniknya YBeeee, Ahli Parlimen Ulu Katak dan ‘Deputy Minister of Kickbacks and Comebacks’ dalam kerajaan gabungan menariknya yang baharu; Curry Spice yang cukup berani, si canUk dan memukau dari Sentul, bintang program Neclix “Keeping Up With The Coomarasamys” dan biopiknya yang akan datang “Ini Kari Lah”.

INSTANT CAFÉ NIGHT LIVE! EDISI X akan dikemudikan oleh penyanyi sensasi Malaysia, Sean Ghazi yang Uada tandingan dan pelawak standup paling comel, Kuah Jenhan. Dua tetamu, dua hos, dua kali ganda keseronokan! Saksikan mereka membicarakan pelbagai topik dan perkara dari ‘ banjir ke quinoa ke uniU ke harapan baru, impian lama, Malaysia untuk rakyat Malaysia, semuanya, segalanya… dono wai.

 

Berikut adalah harga tiket

RM 588 (Meet and Greet)

RM 388 (Diamond)

RM 288 (Platinum)

RM 188 (Silver)

88 (Special)- Harga baru untuk semua peminat

Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi dan layari: https://www.myticket.asia/

No: 03-86050196/012-2560082

FB & IG: shirazprojects/ instantcafetheatre

 

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button