Nasional

KJ nasihat buat ujian RTK sebelum balik kampung

Menjelang sempadan antara negeri dibuka Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar membuat ujian Covid-19 sebelum pulang ke kampung untuk berjumpa ibu bapa.

Nasihat itu diberikan selepas tinggal 1.6 peratus lagi populasi dewasa lengkap disuntik untuk mencapai sasaran 90 peratus bagi membolehkan masyarakat merentas antara negeri.

Khairy Jamaluddin berkata, masyarakat perlu memastikan ibu bapa dan mereka yang telah berumur selamat daripada jangkitan Covid-19 melalui ujian RTK yang dibuat sebelum pulang ke kampung.

“1.6% sebelum sempadan antara negeri dibuka. Semasa
@KKMPutrajaya telah beralih ke ujian simptomatik, kami mengalakkan mereka yang berada dalam persiktaran kontek rapat dan mempunyai mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa tua, lakukan ujian air liur RTK. Jaga keselamatan mereka,” ciap KJ di Twitter.


Tambah beliau Kerajaan tidak lagi boleh mengawal apabila negara beralih ke fasa endemik.

Pada fasa berkenaan, segalanya adalah bergantung kepada tanggungjawab dan sikap individu.

“Semasa kita beralih ke endemik, kita tidak dapat menguatkuasakan peraturan seperti mengadakan sekatan jalan untuk memastikan apakah anda telah divaksinasi atau diuji sepenuhnya.

“Kini banyak bergantung pada tanggungjawab dan tingkah laku peribadi. Saya yakin kita boleh menghadapi cabaran di #ReopeningSafe,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini menyatakan komitment kerajaan untuk membuka semula sempada selepas populasi dewasa lengkap divaksin mencapai 90 peratus.

Sehingga semalam 20.698 juta penduduk dewasa telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Sementara 94.5 peratus atau 22.117 juta penduduk populasi dewasa di negara ini telah disuntik dengan satu dos vaksin.

Keseluruhan sejumlah 73.8 peratus atau 24.085 juta rakyat Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Daripada jumlah itu 63.8 peratus atau 20.819 juta rakyat Malaysia telah lengkap menerima dua dos vaksin.-SM

 

(Visited 90 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button