Politik

Beri hak kepada perwakilan negeri berucap – Annuar

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa  berkata, Perhimpunan Agung UMNO perlu menjadi platform mendengar suara akar umbi dan bukannya dihadkan untuk mereka yang berada dalam biro politik sahaja.

Katanya, jika itu berlaku maka ia menafikan tujuan sebenar persidangan perwakilan diadakan.

Menafikan hak perwakilan negeri terpilih berucap di perhimpunan agung katanya, adalah keputusan kurang bijak, kerana ia menunjukkan keengganan mereka untuk mendengar suara akar umbi.

Menurutnya, ketua-ketua jawatankuasa perhubungan negeri adalah lantikan presiden dan tidak layak untuk mempertahankan isu yang menentang presiden parti.

Annuar berkata, sekiranya keputusan itu dibenarkan, maka akan terbukti bahawa UMNO tidak menghormati kebebasan bersuara, menafikan hak akar umbi, dan akan berdepan tuduhan bahawa perhimpunan agung telah dimanipulasi bagi pihak kumpulan tertentu.

“Perkara istimewa mengenai perhimpunan agung ini adalah, ia arena bagi perwakilan untuk menyuarakan pandangan mereka,” katanya.

Katanya, sepanjang 32 tahun menjadi perwakilan yang dipilih ni adalah kali pertama perwakilan yang dipilih menjadi jurucakap telah dinafikan hak mereka dan digantikan oleh pengerusi jawatankuasa perhubungan negeri, ahli politik dan ahli majlis tertinggi .

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button