fbpx
Politik

Tidak mudah untuk UMNO ketepikan lambang BN dalam PRU-15

BUKAN mudah bagi kepimpinan UMNO untuk tidak memakai lambang Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, beliau percaya tidak mudah juga untuk pemimpin UMNO di semua peringkat mengetepikan terus Barisan Nasional.

“Barisan Nasional, Maufakat Nasional atau / dan Perikatan Naional? Sudah mula kedengaran berbagai cerita mengenai PRU-15.

“Berita utama ialah soal sama ada BN dan Pas akan menyertai PN sebagai satu gabungan dalam PRU-15.

“Saya tidak percaya begitu mudah untuk kepimpinan UMNO di semua peringkat untuk terus mengenepikan BN dan tidak lagi memakai lambangnya dalam PRU yang akan datang ini,” kata Shahrir.


Jelas beliau ketika awal kekalah BN pada PRU-14 memang terdapat anggota komponen BN yang menolak penggunaan lambang BN yang berlogokan dacing.

Bagaimanapun persepsi negatif terhadap lambang BN terhapus selepas parti itu memenangi pilihan raya kecil berturut-turut.

“Betul, buat seketika selepas PRU14, adanya anggota BN yang menolak penggunaan lambang BN.

“Tapi hanya setakat satu PRK sahaja kerana apabila terbukti penerimaan pengundi di PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

“MCA tetap menggunakan lambang BN di Tanjung Piai. Menang bergaya pula tu! Di PRK Kimanis, pun begitu,” kata Shahril.

Justeru menurutnya, kerjasama antara BN, Pas dan Bersatu Plus ketika ini lebih sekadar pakatan pilihanraya.

Menurut Shahril, parti-parti dalam Perikatan Nasional boleh bertanding menggunakan lambang parti masing-masing.

“PPBM dengan parti Azmin Ali lebih mungkin diisytihar sebagai PN. Parti Azmin akan mewakili bukan-Melayu sepertimana MCA, MIC dan parti gabungan BN yang lain mewakili bukan-Melayu dalam BN. Dan masing-masing dengan lambang pilihanraya sendiri,” kata Shahril.

Menurutnya, sekirannya PN hanya merupakan pakatan pilihan raya, isu yang perlu dirundingkan oleh parti dalam perikatan itu adalah mengenai pembahagian kerusi dan penggubalan satu tawaran kepada pengundi.

Bagaimanapun keputusan mengenai perkara tersebut akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Jawatankuasa Muafakat Nasional dalam tempoh beberapa hari akan datang.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button