Politik

MOTAC perlu gandakan usaha mempromoasikan kepelbagaian agama di Malaysia

PARTI Gerakan Rakyat Malaysia menggesa Kerajaan untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap isu warga asing yang berkelakuan jelik di tempat wuduk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Johor baru-baru ini.

Naib Presiden GERAKAN, Koo Shiaw Lee berkata, setiap orang perlu menghormati rumah-rumah ibabat tidak mengira agama kerana ini Malaysia.

“Jika perkara ini tidak diambil perhatian atau tindakan, ia akan menimbulkan suasana tidak baik dan mengganggu gugat ketenteraman awam”

“Pelancong asing tidak kira dari negara ataua agama apa mereka, perlu memahami agama, adat dan budaya di Malaysia” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video 10 saat menunjukkan seorang lelaki berdiri di tempat mengambil wuduk, dipercayai sedang membuang air kecil sebelum ditegur seorang lelaki lain mengenai perbuatannya itu.

Koo Shiaw Lee yang juga Ketua Penerangan GERAKAN menasihati bahawa orang ramai terutamanya rakyat Malaysia sendiri tidak melakukan perkara sama seperti pelancong asing itu.

Dalam pada itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) disarankan mengambil inisiatif dan langkah berjaga-jaga dalam isu ini.

“MOTAC bertanggungjawab dalam memberi pendedahan kepada pelancong-pelancong asing yang datang supaya mereka dapat memahami adat, budaya, dan agama di Malaysia”

“Di Malaysia ini ada agama Islam sebagai majoriti, agama buddha, kristien dan lain-lain. Rakyat Malaysia diajar untuk saling menghormati antara satu sama lain. Biar mereka (pelancong asing) datang untuk mengenali dan memahami tradisi di sini bukannya merosakkan yang sedia ada,” tegasnya.

 

Koo Shiaw Lee

Naib Presiden

Parti Gerakan Rakyat Malaysia

 

Artikel berkaitan > GERAKAN kritik kenyataan Ahmad Zahid bekenaan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button