Ekonomi

Irmohizam terima Anugerah Personaliti Hospitaliti & Pelancongan Terbaik Malaysia Tahun 2023 – 2024

PENGARAH Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim terima Anugerah Personaliti Hospitaliti & Pelancongan Terbaik Malaysia Tahun 2023 – 2024.

Irmohizam turut menerima pengiktirafan itu kerana usaha beliau perjuangkan ekonomi menerusi acara perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Menurut satu kenyataan, Irmohizam bukan hanya menerajui WTCKL pada tahun 2018 dan merupakan Protem Presiden Majlis Acara Perniagaan Malaysia (BECM).

Malah beliau juga merupakan Pengerusi Pameran & Persidangan (C&E) Majlis Anggota Penasihat (MAC) World Trade Centers Association (WTCA) yang berpusat di New York, Amerika Syarikat.

“Pada 2019, beliau mengetuai latihan penjenamaan semula berskala besar yang menggabungkan Garis Panduan Jenama Standard WTCA dan hasilnya, WTCKL telah berubah.

“WTCKL kini dilengkapi dengan dewan yang dinaik taraf, dan pelbagai pengubahsuaian dengan kemudahan tambahan seperti Co-Work @ WTCKL,” kata kenyataan itu.

Motivasi Irmohizam dalam menerapkan teknologi dan inovasi telah membolehkan WTCKL berkembang lebih jauh dan mempercepatkan pertumbuhan dalam Acara Perniagaan (BE).

Selain itu, industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) terutamanya dalam mempromosikan elemen pelancongan mesra Muslim turut berkembang dengan baik.

Manfaat yang diperkenalkan Irmohizam secara tidak langsung membolehkan Malaysia terus kekal dikenali sebagai salah satu hab pelancongan di peringkat antarabangsa.

Ia merupakan satu anugerah di bawah kategori Anugerah Hospitaliti Dan Pelancongan – Kepimpinan Berimpak Positif dalam Majlis HAPA® Awards Malaysia Series 2023 – 2024.

Majlis berlangsung di Grand Ballroom, One World Hotel, Petaling Jaya dan penganugerahan tersebut telah disampaikan pengasas HAPA®, Jennifer Ong.

Pengiktirafan tersebut meletakkan beliau sebaris dengan nama-nama besar dalam industri yang turut menerima anugerah HAPA® seperti Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Mala Dorasamy dan Pengurus Besar Sama-Sama Hotel Kuala Lumpur, Sundra Kulendra.

Kata kenyataan itu, anugerah HAPA® diwujudkan dengan tujuan utama untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pertubuhan cemerlang dan individu yang telah memberikan komitmen, dorongan dan semangat untuk kecemerlangan dalam bidang hospitaliti.

Dikenali sebagai ‘Oscars of Hospitality‘, Anugerah HAPA® direka untuk tetapkan penanda aras par kecemerlangan, membawa kualiti menyeluruh dan standard perkhidmatan hospitaliti Asia ke tahap yang lebih tinggi.

“HAPA® berdiri megah hari ini sebagai program Anugerah yang bukan sahaja mengiktiraf perkhidmatan cemerlang tetapi juga berfungsi untuk mencungkil bakat dan pertubuhan baharu serta meraikan wira yang tidak didendang dalam industri.

“HAPA® bermatlamat untuk meningkatkan kualiti keseluruhan dan standard perkhidmatan hospitaliti Asia serta memberi inspirasi kepada kecemerlangan melalui pengiktirafan prestasi terbaik dalam industri,” kata kenyataan itu.

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button