Nasionalpilihan

Konflik Iran-Israel jejas perjalanan Konvoi Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah 2024

Konflik antara Iran-Israel mungkin memaksa peserta Konvoi Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah 2024 yang bertolak dari Melaka pada 19 Mac lalu berhenti di Lahore, Pakistan.

Ketua Kumpulan 2, Shamsul Rosli, 59, berkata, hanya lima pemilik kenderaan telah bersetuju untuk berhenti ke Lahore, Pakistan dan menaiki penerbangan ke Jeddah untuk menunaikan umrah.

Bagaimanapun katanya, beberapa peserta konvoi yang lain mungkin akan meneruskan perjalanan ke Mekah dengan kenderaan masing-masing seperti yang dijadualkan.

“Ini adalah perancangan awal kami jika dalam tempoh seminggu ini ketegangan antara Iran-Israel tamat kami semua akan meneruskan perjalanan ke Mekah.

“Jadi, kami memantau perkembangan di Timur Tengah susulan ketegangan antara Iran dan Israel dan bagi memastikan keselamatan sepanjang perjalanan kami.

“Apa yang meresahkan kami sehingga kini kami belum mendapat visa Iraq dan sedang diusahakan oleh pihak Kedutaan Malaysia di sana.

“Bagaimanapun kami disaran oleh pihak kedutaan agar tidak melalui Iraq namun ini sahaja jalan yang mudah dan menjimatkan perbelanjaan,” ujarnya ketika dihubungi lewat malam tadi.

Shamsul Rosli dan isterinya, Zurina Bujang menyertai konvoi Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah 2024.

Shamsul berkata, setakat ini semua 20 peserta berada dalam keadaan
sihat dan sudah melalui jarak 9,600 kilometer (km) dari Melaka sehingga ke bandar Jaipur, ibu negeri Rajasthan, di barat laut India sehingga semalam (Rabu).

Menurutnya, mereka mempunyai baki perjalanan sejauh 5,900 km sebelum sampai ke Mekah.

“Setakat ini kami sudah melalui Thailand, Laos, China, Tibet, Nepal dan
India. Meter kenderaan saya menunjukkan jarak perjalanan 7,800 km,”
ujarnya yang memandu Toyota Hilux pacuan empat roda (4WD) yang telah diubahsuai menjadi campertruck.

Dia yang berkonvoi bersama isterinya, Zurina Bujang berkata, cabaran
paling getir dihadapi peserta apabila melalui Lhasa, Tibet pada
ketinggian 4,980 meter dari aras laut dengan suhu -16 darjah selsius di bawah paras beku.

kereta Proton Wira Aeroback 1.3 panduan kiri dinaiki Zakiamin Harun dan isterinya, Azwa Ahmad tergelincir
di Lhasa, Tibet hingga melanggar tembok dan terpaksa ditunda ke Nepal untuk dibaiki.

Jelasnya, keadaan itu menyebabkan dua peserta wanita pengsan akibat serangan AMS iaitu sindrom mabuk gunung.

“Bagaimanapun atas pertolongan beberapa penduduk tempatan kedua-dua mereka dapat diselamatkan,” katanya yang akan bergerak ke Khasmir, esok.

Dalam pada itu katanya, sebuah kereta Proton Wira Aeroback 1.3 panduan kiri dinaiki Zakiamin Harun dan isterinya, Azwa Ahmad tergelincir hingga melanggar tembok dan terpaksa ditunda ke Nepal untuk dibaiki.

Seramai 20 peserta Program Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita memulakan kembara melalui jalan darat menuju ke Tanah Suci Makkah pada 19 Mac lalu.

Program julung kali diadakan itu anjuran Aimpro Samudra Resources dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka sempena Tahun Melawat Melaka (TMM 2024) dengan simbolik pelepasan konvoi disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Perkarangan Lobi Blok Bendahari, Seri Negeri, di Ayer Keroh. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button