Hiburan

Badut pekak dan bisu ini nasihat Shuib minta bersabar, berpijak di bumi nyata

RAMAI yang tahu situasi melanda pelawak, Shuib selepas dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berkaitan kes pengubahan wang haram.

Walaupun kes tersebut mempunyai kaitan dengan kafe minuman Bubblebee yang diusahakan Shuib, hanya empat cawangan tersebut ditutup kerana mempunyai usahasama dengan suspek utama kes pengubahan wang haram itu.

Baru-baru ini, Shuib meneruskan lagi perasmian beberapa lagi cawangan baharu Bubblebee di luar Lembah Klang dan pelawak itu sempat ditegur oleh seorang lelaki bisu dan pekak.

Menerusi video yang dimuatnaik ke Instagram milik Shuib itu, lelaki tersebut seolah-olah meminta pelawak itu untuk terus bersabar dengan dugaan yang sedang dihadapi.

Lelaki itu yang dipercayai bekerja seorang seorang penghibur (badut) itu turut menasihat supaya Shuib banyakkan berdoa dan kekal rendah diri.


Shuib yang terharu dengan pertemuan itu memberitahu yang kejadian itu berlaku ketika dia hadir ke cawangan baharu Bubblebee di Mydin Meru, Ipoh, Perak baru-baru ini.

“Ada seorang abang badut ini beria-ia mengejar dan hendak berjumpa dengan saya. Bila dah bertemu, dia beritahu yang dia pekak dan bisu.

“Walaupun saya tak berapa faham apa yang cuba disampaikan, tetapi apa yag dia lakukan sangat menyentuh hati.

“Dia seolah-olah faham dengan apa yang sedang berlaku. Semoga abang badut dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat,” katanya. -SM

(Visited 101 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button