Hiburan

DSVida menari gembira di TikTok dapat 2.4 juta tontonan

KEMANA perginya sambutan hari lahir yang diadakan untuk memberi satu kejutan kepada sang kekasih? Semuanya hilang begitu sahaja dan hari ini, Datuk Seri Vida kata, dia sudah move on.

Nak move on pun Vida buat dalam platform TikTok agar Iqbal, kekasih tak jadi, tahu dan netizen tahu. Kalau move on tak perlu nak hebahkan di media sosial, tanpa kira platform apa sekalipun.

Menari-nari macam nak terbang-terbang dengan baju kaler merah, Vida mempamerkan dirinya sedang gembira dengan kehidupan selepas episod cinta tak jadi dengan Iqbal.

Iqbal pula berada di Indonesia atas urusan perniagaan, dikatakan berhijrah ke negara jiran itu dalam keadaan pandemik Covid-19. Hebat Iqbal!

Penyokong Vida, usahawan kosmetik, akan tetap memberi kata-kata dorongan dan sokongan kepada wanita ini yang pernah bercerai mati dan bercerai hidup.

Sebagai manusia, pasti Vida boleh fikir sendiri untuk kebaikan diri dan keluarganya iaitu dua orang anaknya. Tidak perlu orang luar beri nasihat kerana usia Vida pun bukan bawah 19 tahun.

Hebatlah Vida apabila perkongsian kegembiraannya di TikTok menerima 2.4 juta tontonan. All the best, Vida! – SM

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button