Nasional

Babi hutan rempuh pejabat Hospital Sik

SEEKOR babi hutan membuatkan kakitangan dan pengunjung Hospital Sik terperanjat selepas ia merayau-rayau masuk ke dalam premis itu sebelum menceroboh salah sebuah bilik pejabat, di sini, semalam.

Menurut pengarah kesihatan negeri Dr Othman Warijo melahirkan rasa leganya kerana tiada sesiapa yang cedera berikutan kejadian itu.

“Saya dimaklumkan kejadian berlaku apabila babi hutan itu tiba-tiba memasuki kawasan hospital dan menceroboh pejabat Edgenta Mediserve Sdn Bhd.”

Othman berkata kejadian 1.55 tengah hari itu menyaksikan babi hutan itu memecahkan dua pintu kaca di pejabat itu.

Gambar dan video yang menunjukkan babi hutan itu ketakutan selepas tersandung ke pejabat menjadi tular di media sosial.

Beliau juga berkata pihak pengurusan hospital telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menangkap haiwan itu.

“Bagaimanapun, babi hutan itu berjaya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran,” katanya. -SM

 

 

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button