Nasional

Pasca Covid: MAIPs teruskan aktiviti bantu masyarakat

Pasca penularan Covid-19, memerlukan penyesuaian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebagai agensi yang akan meneruskan perjuangan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Tindakan dan aktiviti yang relevan perlu terus diutamakan oleh MAIPs bagi memastikan keberhasilan dalam mencapai cita-cita dan matlamat penubuhannya. Usaha memanfaat teknologi digital, penyediaan modal insan, dan pemilihan inisiatif dalam ‘kebiasaan baharu’ harus menjadi fokus MAIPs masa kini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai program berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan Ke 27 Bagi Tahun 2020’ sejauh 13km yang bermula dan berakhir di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Budriah Pauh, Arau.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Syarie Negeri Perlis, Ibrahim Deris dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Selain singgah bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga keluarga asnaf terpilih, baginda beserta para peserta kayuhan pada kali ini turut meraikan kempen ‘Special Education Week For Autism and ADHD Awareness Month’ kepada masyarakat setempat di sepanjang laluan.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs, ‘Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi kehendak hamba-hambaNya. Siapalah kita untuk ’menidakkan’ ketentuan dan takdirNya. Berhadapan dengan penularan pandemik Covid-19 menyaksikan pelbagai kesan terhadap kesihatan, keselamatan, ekonomi, pendidikan bahkan mengubah kebiasaan aktiviti dalam kehidupan kita’.

Tambah Tuanku Raja Muda lagi, ‘Sebagai agensi yang diamanah mentadbir dan menguruskan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri ini, MAIPs telah berusaha keras dan semestinya akan terus komited melaksanakan pelbagai ikhtiar yang terbaik dalam memberikan segala perkhidmatannya’. – SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button