KemalanganNasional

Remaja maut motosikal bertembung kereta

SEORANG remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kampung Bukit Gedong, Tanjung Kling dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tenghari itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Azizul Haizal Zulkefli, 19, dari Taman Nirwana dekat sini maut di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu kereta Proton Iswara dikenali sebagai Zalikah Nadiah Ab. Majid, 44, dan pemandu kereta Proton Saga FLX, Siti Zulaikha Zainuddin, 30, yang kedua-duanya adalah suri rumah pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan mendapati penunggang motosikal dan pemandu Proton Iswara datang Tangga Batu menghala ke Tanjung Kling.

“Sewaktu tiba di tempat kejadian, kereta Iswara telah memberikan lampu isyarat hendak membelok masuk ke simpang kiri namun mangsa terus bergesel di tepi kanan kenderaan itu.

“Akibatnya pergeselan itu, motosikal hilang kawalan lalu bertembung dengan kenderaan yang dipandu Siti Zulaikha dari arah bertentangan,” ujarnya di sini.

Raiz Mukhliz berkata, akibat pertembungan tersebut, remaja yang menunggang motosikal model Yamaha 135LC terpelanting di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jelasnya, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan saksi bebas melihat kejadian tersebut.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SM Melaka

 

(Visited 719 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button