Nasionalpilihan

Aset KPLB di luar negara diambil perhatian – Mahdzir Khalid

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengambil serius tindakan waris kesultanan Sulu menjadikan aset Malaysia di luar negara sebagai sasaran tuntutan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPLB mempunyai beberapa aset hartanah strategik yang dimiliki MARA dan MARA Incorporated yang dianggar bernilai ratusan juta ringgit.

“Saya lihat ini satu perkara yang agak serius, walaupun kita telah mohon tangguh keputusan penimbang tara di Sepanyol dan sekarang kita minta dibatalkan di Mahkamah Perancis pula.

“Tetapi ‘keluarga’ ini (waris Kesultanan Sulu) guna keputusan di Sepanyol dan pergi merata tempat cuba ambil harta Malaysia, kita ada harta dan bangunan di London dan Melbourne, Australia yang dimiliki MARA,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Jelas Mahdzir, KPLB akan terus memantau isu berkenaan termasuk memastikan waris Kesultanan Sulu tidak menjadikan aset MARA dan MARA Incorporated itu sebagai sasaran selepas mereka bertindak merampas aset milik PETRONAS di Azerbaijan baru-baru ini.


Selain aset di London dan Melbourne, MARA turut memiliki bangunan di Amerika Syarikat dan Mesir yang berkemungkinan turut menjadi sasaran waris keluarga kesultanan Sulu.

Artikel berkaitan > Petronas sahkan rampasan dua anak syarikat bernilai lebih AS$2 bilion

Tambah Mahdzir, beliau telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenaan isu tersebut secara lebih lanjut.

“Kita ambil perhatian dan ambil berat, pagi tadi saya berhubung dengan Wan Junaidi berkaitan perkara ini.

“Tetapi jika kita dapat keputusan (memihak kepada Malaysia) di Perancis, kita kekal dan dia tidak boleh buat apa-apa,” katanya.

Mahkamah Rayuan Paris kelmarin membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award yang

dikeluarkan Mahkamah Arbitrasi Paris, dengan alasan perundanan kes itu menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia.

Tindakan itu akan kekal sehingga Mahkamah Paris membuat keputusan muktamad berkenaan permohonan pembatalan Final Award yang dibuat Malaysia.

Terdahulu, Mahdzir menghadiri Majlis Taklimat Khas Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Pedu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPLB, Mas Rizal Mohd Hilmi dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Kamarudin Abd Akib.

Artikel berkaitan > KPLB peruntuk RM19 juta laksana PROSPEK 2022

(Visited 34 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button