Uncategorized

Tun M tak kata dakwaan rasuah ke atas AirAsia adalah ‘offset’

PERDANA Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak  pernah berkata tuduhan rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi ‘offset’.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perana Menteri berkata, Dr. Mahathir menekankan adalah prosedur biasa untuk kerajaan meminta ‘offset’ di dalam pembelian berharga tinggi.

Kenyataan itu menegaskan, Dr. Mahathir tidak pernah menyatakan AirAsia mendapat manfaat daripada prosedur terbabit.

Perdana Menteri menambah jika wang disalurkan kepada individu makai a adalah rasuah. Jika bukan untuk kepentingan peribadi maka beliau berpandangan ia bukanlah rasuah.

“Beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada ia adalah rasuah ataupun tidak.

“Laporan media bahawa Perdana Menteri mengatakan tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi ‘offset’ tidak tepat dan mengelirukan.

“Pejabat Perdana Menteri memandang serius laporan yang tidak tepat dan mencerminkan kenyataan sebenar Perdana Menteri,” kata kenyataan tersebut.

Justeru, Pejabat Perdana Menteri menasihatkan pihak media supaya lebih sensitif dan bertanggungjawab kerana berita yang tidak tepat akan menimbulkan kesan yang tidak baik ke atas pemahaman orang ramai mengenai sesuatu isu.

Semalam beberapa media menggunakan tajuk, Minta ‘offset’  bukan rasuah, kata Dr. Mahathir (Free Malaysia Today), Dr. Mahathir kata tak salah minta timbal balas (Berita Harian), Pm ulas isu AirAsia: Offset bukan rasuah (Malaysiakini) dan Rasuah, kalau duit masuk poket, kata Dr. Mahathir (Bernama) ketika melaporkan reaksi Dr. Mahatir terhadap dakwaan AIrAsia menerima rasuah daripada Airbus.

Pejabat Serious Fraud Office (SFO) di United Kingdom mendakwa Airbus memberi rasuah AS$50 juta kepada eksekutif yang dikaitkan dengan AirAsia dan AirAsia X bagi mendapatkan pesanan kapal terbang.

Menurut laporan itu, SFO mendakwa Airbus menaja pasukan sukan yang dimiliki oleh eksekutif AirAsia semasa rundingan pembelian kapal terbang.-SM

 

 

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button