NasionalpilihanPolitik

Keputusan bentuk kerajaan campuran adalah keputusan parti bukan individu – Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tidak ada sebarang perbincangan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membentuk kerajaan campuran sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau tidak menolak kerjasama membentuk kerajaan perlu diadakan seandainya parti-parti yang bertanding termasuk BN tidak satu pun memperoleh majoriti mudah.

“Kalau tidak ada satu parti memperoleh majoriti mudah sudah tentu sahaja tidak dapat membentuk kerajaan yang mungkin tergantung.

“Sebab itu kita tak tau, ada atau tidak parti yang mendapat majoriti mudah dan memang saya setuju kalau tidak ada parti mendapatnya secara sendiri, kena ada kerjasama bentuk kerajaan campuran.

“Buat BN keputusan besar ini untuk membentuk kerajaan campuran mestilah parti yang membuat keputusan dan bukan individu sama ada nak pilih Perikatan Nasional (PN) ker Pakatan Harapan (PH) ker…parti yang buat keputusan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Walkbout di Pekan Durian Tunggal, Alor Gajah di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi BN Melaka yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan Calon BN Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan.

Ismail Sabri yang juga calon BN bagi Parlimen Bera disambut kira-kira 3,000 pemimpin dan penyokong parti tiba pada pukul 5.58 petang.

Beliau beramah mesra dengan pekedai berhampiran sebelum menikmati juadah di Empire Char Kuey Tiow.

Ditanya mengenai penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket PN jika menang sama beliau diterima semula sebagai ahli UMNO selepas digugurkan, Ismail Sabri berkata: “Terlalu awal untuk kita buat sebarang spekulasi.”

(Visited 430 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button