Hiburan

Album terakhir Amy bersama Search dijadikan piring hitam

ALBUM berjudul Katharsis iaitu album kumpulan rock terkenal tanah air, Search adalah yang terakhir dirakamkan bersama Amy.

Katharsis yang dibikin dan dijual pada peminat sekitar penghujung tahun 201 itu kini dibangkitkan semula ke dalam bentuk yang baharu.

Bagi peminat yang rindukan memori bersama kumpulan Search bolehlah memiliki album terakhir kumpulan itu yang kini dibuat dalam bentuk piring hitam.

search

‘Katharsis The Vinyl’ akan mula dipasarkan pada 28 Julai ini dengan harga RM199 di Fenomena Music, Plaza Damas, Kuala Lumpur dan beberapa kedai muzik terpilih serta penjual-penjual dalam talian.

Ia juga dicetak terhad sebanyak 500 unit sahaja untuk pasaran seluruh dunia.

Album terbitan Datuk M Nasir itu juga menyaksikan penampilan penuh pemain dram, Pae dalam album Search sekali gus memberikan kelainan serta nafas baru dari segi bunyi dan persembahan Search.

Penerbit Eksekutif album tersebut, Datuk Ahmad Zaharul Annuar berkata, Katharsis menjadi album terakhir Amy bersama Search selepas mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan itu pada penghujung Mac lalu.

search

“Ini album terakhir Amy bersama Search yang pasti menerbitkan 1,001 nostalgia buat mereka dan peminat Search.

“Bagi pengumpul piring hitam dan peminat Search, ini koleksi paling sesuai,” katanya.

Menurut Ahmad Zaharul, piting hitam ini juga menjanjikan bunyi audio yang lebih padat dan enak berbanding dalam format cakera padat (CD) yang dikeluarkan sebelum ini.

“Proses penerbitan vinyl ini mula dilakukan di studio terkemuka di Amerika Syarikat iaitu Sterling Sound pada 2018.

“Proses mastering pula dilakukan jurutera bunyi terkenal, Ryan Smith yang pernah mengendalikan album artis rock legenda dunia antaranya Ozzy Osbourne, AC/DC dan Coldplay,” katanya.

Tambahnya, proses ‘pressing’ ke format piring hitam dimulakan tahun lalu dan ‘master’ Katharsis dibawa ke kilang piring hitam Disc Makers di New Jersey untuk proses terakhir pembikinan Katharsis The Vinyl. -SM

(Visited 515 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button