Berita

Agong zahirkan takziah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Rahah Mohd Noah, yang meninggal dunia petang tadi.

Seri Paduka Baginda berdua dalam satu ucapan di Facebook Istana Negara  menzahirkan rasa sedih atas pemergian balu kepada bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu.

Dalam ucapan tersebut,  Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” kata ucapan terbabit.

Allahyarhamah, yang juga bonda kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Princecourt di sini.

Yang di-Pertuan Agong juga berkesempatan bercemar duli berangkat menziarahi Allahyarhamah di hospital tersebut, semalam.

(Visited 701 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button