KesihatanNegeri

Sabah kembali catat kluster baharu Covid-19 babit institusi pendidikan

HAMPIR dua bulan tidak merekodkan kluster, Sabah semalam kembali mencatatkan kluster baharu iaitu Kluster Jalan Segama Lahad Datu melibatkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Lahad Datu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster institusi pendidikan melibatkan pelajar tingkatan empat itu disahkan positif Covid-19 pada 18 April lepas.

“Saringan kontak rapat mendapati 38 pelajar lagi telah dijangkiti, menjadikan jumlah yang positif seramai 39 orang dan mereka telah diasingkan untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Masidi yang juga jurucakap rasmi Covid-19 negeri berkata berikutan kluster baharu itu, jumlah kes positif Covid-19 semalam bertambah kepada 149 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 370,366 kes dengan satu kematian.

Selain itu, jumlah daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu juga meningkat kepada 17 daerah hari ini berbanding lapan daerah kelmarin.

“Seramai 141 orang daripada 149 pesakit baharu hari ini adalah dalam kategori satu dan kategori dua, empat orang dalam kategori tiga, dua orang dalam kategori empat dan seorang pesakit dalam kategori lima manakala satu lagi kes melibatkan kematian di Sandakan,” katanya. – SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button