BeritaEkonomiNasional

Percayakah Pak Wan seorang yang bijak?

ANALISIS

PERCAYAKAH atau tidak, Pak Wan seorang yang bijak.  Idea yang dilontar memang kelihatan kelakar, tetapi sangat berpotensi.

Idea ringkas dilontar supaya dengan mudah difahami oleh rakyat jelata. Dan jika beliau berbicara terlampau tinggi perkara ini hanya difahami oleh jurutera automotif sahaja.

Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof sengaja menggunakan istilah kereta terbang untuk menarik perhatian masyarakat Malaysia.

Jika beliau menggunakan pembinaan drone, tiada pihak yang memberi perhatian. Kalau tidak percaya tengoklah bagaimana topik ini trending di media sosial mengalahkan cerita artis bercerai yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada masyarakat.

Tiba-tiba sahaja ramai yang memberi perhatian kepada perkara itu walaupun ramai yang mempersendakannya berbanding berusaha untuk memajukan idea tersebut.

Bayangkan setakat ini telah ada syarikat yang menyahut seruan Pak Wan apabila dua syarikat tempatan dan syarikat asing merancang untuk bekerjasama untuk menghasilkan sebanyak 10,000 kereta terbang untuk dieksport ke Indonesia dan Maldives.

Tidak kisahlah drone atau kereta terbang jika ia dikembangkan idea ini sekurang-kurangnya 2,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi akan dicipta.

Saya tidak terkejut jika rakyat tidak dapat menerima dan memahami idea ini, tetapi apabila menteri sendiri termasuk menteri pengangkutan tidak nampak potensinya kerana turut termakan cakap-cakap negatif ia sesuatu yang aneh.

Pak Wan sendiri menyuarakan rasa kecewa dengan proses birokrasi, dengan mengatakan mereka telah merosakkan rancangannya untuk menguji kereta terbang itu.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata ia mengecewakan bahawa pembangunan “ekosistem untuk inovasi dan keusahawanan” ditahan oleh birokrasi.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook baru-baru ini berkata bahawa kereta terbang itu adalah drone dan bahawa penerbangan ujian itu memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, yang mana ia tidak mendapat.

“Saya faham bahawa terdapat keperluan untuk peraturan, dan kita adalah kerajaan yang mematuhi peraturan undang-undang,” kata Redzuan.

“Keprihatinan saya ialah peraturan dan proses birokrasi kami tidak berkembang pesat untuk memenuhi keperluan industri dan inovasi dan kemajuan teknologi.

“Ini adalah sesuatu yang perlu kita lihat.”

Katanya, ia tidak sesuai untuk merawat kenderaan udara seperti pesawat kerana drone tidak dikendalikan dan tertakluk kepada sekatan seperti yang berkaitan dengan berat dan tujuan penerbangan.

Beliau menyeru pembaharuan proses birokrasi dan rangka kerja pengawalseliaan untuk membolehkan pembangunan ekosistem yang menggalakkan inovasi dan keusahawanan.

Beliau berkata baik pulih seperti itu perlu jika Malaysia mahu menjadi pemimpin bukan pengikut.

“Peluang tidak menunggu pengikut yang ragu-ragu. Kita boleh merebutnya atau membiarkan mereka melewatinya. “

Redzuan mengumumkan projek kereta terbang awal tahun ini dan sejak itu mempertahankannya daripada kritikan dan cemuhan.

Pak Wan perlu terus cekal dengan cemuhan itu dan terus menjayakan projek yang mempunyai potensi sangat besar.

Beginilah cara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memajukan negara selama 22 tahun. Idea beliau sentiasa di luar kotak pemikiran orang biasa, tetapi apabila dilaksanakan barulah ia mampu difahami apabila melihatkan hasil.

Saya tidak sabar untuk melihat kilang pemasangan kereta terbang ini beroperasi sepenuhnya dan pastinya lebih hebat daripada kilang Proton dan Perodua dengan teknologi terkini yang digunapakai.

Abaikan pandangan negatif jika Pak Wan istiqomah untuk memajukan pemikiran dan ekonomi negara ini.

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button