BeritaBola SepakSukan

Indonesia kalah lagi ditangan Malaysia

Ketika belum reda cerita kekalahan dan belum dapat dihadam oleh penyokong Indonesia selepas tumpas kepada Malaysia 0-2 pada kelayakan piala dunia dan piala Asia, kini giliran skuad bola sepak Malaysia peringkat sekolah pula menambahkan luka.

Malaysia sekali lagi menumpaskan Indonesia di gelanggang sendiri, kali ini dalam perlawanan separuh akhir Asian School Football Championship (ASFC U-18) di Stadium Batakan, di sini semalam.

Hasrat pasukan junior Indonesia untuk menebus kekalahan pasukan senior di Bukit Jalil tempoh hari terkubur apabila skuad Malaysia telah berjaya mengalahkan Garuda muda dengan mata 5-3 biarpun dengan hanya 10 orang pemain menentang 11 orang lawan setelah salah seorang daripada mereka dilayangkan kad merah.

Mereka turut berhadapan tekanan dari kira-kira 40,000 orang penyokong pihak tuan rumah yang membanjiri stadium berkenaan, bahkan menerima provokasi pihak lawan yang membaling botol ke padang.

Bukan itu sahaja, mereka berjaya mara setelah ditinggalkan 1-0 oleh Indonesia pada babak pertama perlawanan dengan mengimbangkan mata 1-1 pada minit ke 51.


Pasukan Malaysia bakal berhadapan pasukan Thailand di peringkat akhir. Sebelum ini, pasukan Thailand telah menewaskan Korea Selatan dengan mata 1-0 pada perlawanan separuh akhir semalam.

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button