BeritaNasionalPendidikan

Erra Fazira antara 650 pelajar baharu mendaftar di POLIMAS

SIAPA sangka, Erra Fazira kini sambung belajar.

Mungkin sudah jemu menghadap dunia seni maka beralih untuk menumpukan pula perhatian menelaah buku ilmiah pula.

Untunglah sesiapa yang belajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah sebab mesti tiap-tiap hari dapat tengok wajah Erra Fazira.

Tetapi sebenarnya Erra Fazira yang dimaksudkan ini hanyalah insan biasa yang tiada kena menggena langsung dengan pelakon jelita bekas Ratu Cantik Malaysia ini.

Sekadar berkongsi nama yang serupa.

Erra Fazira Dahaman, 18 dari Kuala Kedah ini adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik, Alor Setar yang baharu mendaftar sebagai pelajar pengajian Diploma Kejuruteraan Awam di POLIMAS.

Pemilik nama Erra Fazira ini juga memaklumkan namanya dipilih oleh bapanya setelah dicadangkan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada ketika itu.

Sebelum itu bapanya seorang Pengawal Keselamatan ingin meletakkan nama lain tetapi akhirnya menerima cadangan tersebut.

Erra Fazira yang merupakan anak bongsu dari enam adik beradik ini amat meminati bidang kejuruteraan awam sejak di bangku sekolah.

Erra Fazira yang merupakan penerima Dermasiswa tajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini bercita-cita menjadi Jurutera Awam yang berjaya.

Apabila ditanya mengapa memilih POLIMAS, Erra Fazira berkata, yuran pengajian yang murah berbanding Institut Pendidikan Tinggi (IPT) lain, penginapan asrama yang selesa dan peluang mendapatkan pekerjaan juga lebih tinggi.

“Alhamdulillah POLIMAS telah menerima permohonan saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma,” katanya.

Sementara itu, Pengarah POLIMAS, Kamaludin Daud berkata, Erra Fazira antara 650 pelajar baharu yang mendaftar dalam pengambilan Sesi 1- 2022/2023 baru-baru ini.

“Sememangnya apa yang dinyatakan oleh Erra Fazira adalah benar kerana POLIMAS merupakan IPT TVET yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan berbanding institusi lain dan yuran pengajiannya juga tidak pernah dinaikkan sejak penubuhannya lagi,” katanya.

“Kebolehpasaran POLIMAS juga adalah tinggi pada tahun 2021 dengan 96.46 peratus pelajar POLIMAS mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian,” tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya mengalu-alukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian ke POLIMAS dengan kadar yuran yang rendah dan kemahiran serta fasiliti yang lengkap untuk melatih pelajar dalam pendidikan TVET. – SM

(Visited 19,555 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button