NasionalNegeri

Klinik Kesihatan Padang Besar siap sembilan hari lebih awal

KERAJAAN berpuas hati apabila projek Klinik Kesihatan, Padang Besar, Perlis berjaya disiapkan sembilan hari lebih awal dengan penjimatan kos sebanyak RM196,000.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerja pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan Kuarters (2F2G) ini dimulakan pada 31 Julai 2019 (tarikh milik tapak) dan siap sepenuhnya pada 1 Ogos lalu.

Abdul Rahman (dua dari kiri) melihat peralatan di Bilik X Ray, Klinik Kesihatan di Padang Besar.

“Projek ini lebih awal kerana tarikh penyiapan asal mengikut kontrak adalalah pada 10 Ogos,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan klinik kesihatan berkenaan hari ini.

Hadir sama Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Zairi Mat Ali, Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Ismuni Bohari dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis, Ir Mohd Shahril Mohd Said dan Pengarah Pertabina Technical Services Sdn Bhd, Datuk Jawiyah Che Dan.

Pada majlis berkenaan juga diadakan pertukaran dokumen pemilikan bangunan.

Klinik Kesihatan Padang Besar ini akan dibuka kepada awam mulai 25 September ini.

Abdul Rahman berkata, projek Klinik Kesihatan bernilai RM24.3 juta dengan tempoh pelaksanaan asal selama 130 minggu.

Beliau berkata, banyak cabaran dihadapi sepanjang tempoh pembinaan projek ini antaranya kekangan untuk mendapatkan bahan “blasting” bagi tujuan penyediaan formasi tapak berikutan geologi asal tanah berbatu.

“Projek ini juga turut terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara,” katanya.

Abdul Rahman berkata, terdapat 727 projek pembinaan tidak termasuk Projek Lebuh Raya Pen Borneo.

Katanya, setakat ini hanya 31 sahaja projek pembinaan belum siap mengikut tempoh yang ditetapkan.

Bagaimanapun katanya, projek itu masih diteruskan dengan pemantauan.

Katanya, hanya dua saja projek pembinaan yang ditamatkan. – SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button