Nasional

Penyelidik UPSI perkenal Sovo Kit bantu pengajaran dan pembelajaran bahasa asing

SEKUMPULAN penyelidik dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menghasilkan SOVO Kit pembelajaran bahasa asing yang bertujuan untuk memperkenalkan asas bahasa asing menerusi pendengaran dan bunyi kosa kata.

Prof Dr Suriani Abu Bakar

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar berkata yang dibangunkan penyelidik UPSI itu dapat membantu dalam menguasai kosa kata dan sebutan dalam bahasa asing pada peringkat asas dan seterusnya akan dibangunkan secara berperingkat dalam bentuk frasa dan ayat.

“Selain itu ia berpotensi untuk dibangunkan sebagai aplikasi peranti mudah alih,” katanya.

Dari kiri: Muhammad Hilmi Che Ahamad, Dr. Nor Yazidah Yahya, Noor Azalina Buang, Tan Lee Na, Noraziah Abdul Aziz, Dr. Mariyati Mohd. Nor, Dr. Muniisvaran Kumar

Beliau berharap penggunaan kit itu dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran bahasa asing di negara kita.

Ketua Projek, Tan Lee Na berkata kit ini dinamakan SOVO Kit itu bermaksud Sound and Vocabularies Kit yang memudahkan pelajar melakukan latihan dengar dan sebut.

Inisiatif ini dibangunkan oleh lapan penyelidik yang terdiri daripada tenaga pengajar bahasa asing di Pusat Kemahiran Bahasa, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI.

Robe’ah Yusuf, tenaga pengajar bahasa Jerman yang turut terlibat dalam penyelidikan.

Beliau bersama ahli projek lain yang terdiri daripada Muhammad Hilmi Che Ahamad, Dr. Nor Yazidah Yahya, Noor Azalina Buang, Tan Lee Na, Noraziah Abdul Aziz, Dr. Mariyati Mohd. Nor, Dr. Muniisvaran Kumar serta Robe’ah Yusuf mengambil masa kira-kira setahun sebelum berjaya menghasilkan satu produk yang memberi kesan kepada pencapaian pelajar bahasa asing di UPSI.

Di antara bahasa asing yang dipilih dalam pembangunan aplikasi SOVO kit itu, katanya, adalah bahasa Cina, Jepun, Sepanyol, Jerman, Perancis, Arab serta bahasa Tamil.

“Produk ini amat mesra pengguna dan mengaplikasikan strategi serta kemahiran belajar iaitu memfokuskan kepada kemahiran mendengar dan menyebut kosa kata.

Katanya, pemilihan Open Source Technology ini digunakan kerana mudah, mesra pengguna dan kosnya yang efektif.

Penggunaan kit ini, katanya, dapat memangkin usaha ke arah memantapkan penguasaan bahasa asing serta dapat mempersediakan (readiness) pelajar dalam menempuh revolusi industri 4.0 selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025).

(Visited 836 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button