Hiburan

Adiputra gigih bantu kempen BN, siap laung azan Isyak

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon, Datuk Adi Putra yang satu ketika dahulu popular dengan wataknya sebagai Jai dalam filem Kl Gangster.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Adi Putra atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim dilihat sudah mula meminggirkan dunia seni.

Jika sebelum ini dia giat dalam dunia perniagaan, sekarang nampaknya Adi Putra sudah mula bergiat aktif dalam dunia politik.

Terbaharu, status Instagram pelakon kelahiran Singapura itu dilihat penuh dengan gambar-gambarnya bersama pemimpin utama Barisan Nasional.

Malah, dia juga kini sedang berada di Sabah untuk bersama-sama berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di situ.

Ada peminatnya yang berpendapat bahawa tindakannya untuk mengumumkan penglibatannya bersama parti politik secara terbuka adalah sesuatu yang boleh memakan dirinya.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa sesiapa sahaja termasuk artis boleh menyatakan pendirian politik mereka secara terbuka tanpa sebarang masalah.

Adi sendiri dalam ruangan komen juga tidak marah dan bersikap terbuka dengan sebarang komen yang dilemparkan terhadapnya.

Namun, disebalik penglibatannya dalam kempen bersama BN, terdapat satu video yang menunjukkan dia sedang melaungkan azan di sebuah masjid di Sandakan, Sabah.

Menurut Adi, dia telah diminta oleh Imam masjid tersebut untuk melaungkan azan Isyak.

“Saya sedar suara tak sedap, tapi tidak mahu menghampakan permintaan Pak Imam. Maka saya segera melaksanakan demi kewajipan dan ketaatan,” katanya.

Video tersebut juga mendapat pujian ramai peminatnya yang menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang memberi kesan positif buat masyarakat. -SM

(Visited 1,402 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button