Hiburan

Dapat jaga, jumpa Jebat pun dah cukup – Sharnaaz

Pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa syukur kerana dia sekarang sudah boleh menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada anaknya, Jebat Jayden tanpa halangan.

Bercerita mengenai hal tersebut, Sharnaaz memberitahu yang satu ketika dahulu, pernah timbul isu hingga dia tidak dibenarkan untuk bertemu anaknya.

“Sekarang ini Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab sudah tidak ada halangan lagi. Ibu Jebat juga sentiasa membenarkan saya untuk membawanya keluar.

“Buat masa ini saya akan berjumpanya tiga kali sehari dan perkara itu sudah cukup puas sebab saya mahu jaga Jebat dapat kasih sayang bapa,” katanya.

Sharnaaz berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis pelancaran pembukaan rangkaian kedai Bubble Bee di Setapak semalam.

sharnaaz
Sharnaaz (tiga dari kiri) sewaktu pembukaan rangkaian kedai Bubble Bee miliknya di Setapak, Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai soal perhubungannya bersama dengan isteri, Noor Nabil Mohd. Noor, pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu memberitahu yang dia masih belum bercerai.

Malah, keputusan mengenai status perkahwinannya sepatutnya sudah diketahui tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tetapi apa sahaja keputusan, saya sudah redha dan sentiasa bersedia. Lagipun dah hampir setahun sebenarnya saya terima kenyataan ini.

“Saya sendiri pun nak cakap pasal perhubungan dengan Nabila sebenarnya agak sukar. Setakat ini ianya seperti seorang kawan yang ingin sama-sama membesarkan Jebat,” jelasnya.

Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak yang kini berusia setahun.

Namun, pada 11 September tahun lalu, Noor Nabila telah memfailkan penceraian terhadap Sharnaaz dan perkara itu mencetuskan tanda tanya mengenai hubungan rumah tangga mereka. -SM

(Visited 837 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button